Faedah
Setiap program rakan kongsi kami menawarkan faedah yang sedikit berbeza, tetapi untuk semua permainan, pencipta boleh menjangkakan:
Kandungan Dalam Permainan:
Pencipta akan menerima kandungan dalam permainan yang diaktifkan secara automatik untuk digunakan, yang mungkin merangkumi Ejen, Champion, Tactician, battlepass, skin dan banyak lagi!
Gelaran Dalam Permainan/ Kosmetik Rakan Kongsi:
Tunjukkan status rakan kongsi anda dalam permainan kami dengan gelaran dalam permainan eksklusif khas untuk pencipta.
Sokongan VIP:
Walaupun tertakluk kepada standard yang sama seperti semua pemain, pencipta kandungan rakan kongsi akan menerima akses terus kepada Sokongan Pemain khusus dan dipercepatkan untuk membantu menyelesaikan soalan dan keperluan anda dengan pantas.
Hadiah Percuma Kandungan:
Pencipta mungkin sekali-sekala akan menerima akses kepada kod hadiah percuma dan/atau drop untuk dikongsi dengan komuniti mereka.
Sokongan Bergerak:
Pencipta rakan kongsi boleh memohon sokongan akaun perjalanan sementara apabila berada di luar negara asal mereka, supaya mereka boleh bermain dan mencipta kandungan semasa di luar negara.
Jemputan Diutamakan:
Sentiasa ada sahaja perkara yang baharu, jadi pencipta kami juga mungkin akan menerima jemputan untuk menyertai kempen, event, akses awal dan peluang lain di seluruh Riot.

VALORANTProgram Rakan Kongsi
Permohonan untuk Program Rakan Kongsi VALORANT dibuka dari 3 hingga 28 Ogos 2026.
Kelayakan Program Rakan Kongsi
Keperluan kelayakan mungkin berbeza-beza antara permainan dan rantau untuk mencerminkan kelakuan pemain yang unik. Dengan itu, berikut ialah gambaran umum tentang kriteria yang kami cari:
Kekonsistenan Pencipta:
- Program kami direka untuk mengurangkan halangan dan menggalakkan penglibatan komuniti yang lebih baik, jadi kami mengutamakan pencipta yang sudah kerap menghasilkan kandungan berkaitan dengan permainan kami.
- Idealnya, kami mencari sekitar 20 jam kandungan penstriman setiap bulan, atau siaran VOD atau kandungan bentuk pendek berkaitan dengan permainan yang anda mohon yang tetap dan konsisten.
Jangkauan Komuniti:
- Walaupun kami telah merangka program kami untuk menyokong pencipta yang sedang berkembang dan yang sudah mapan, kami ingin memastikan rakan kongsi kami telah membangunkan komuniti penonton dan pengikut yang aktif.
- Secara amnya, kami mencari pencipta kandungan dengan purata tontonan video sekitar 1,000+, jumlah penonton siaran langsung sekitar 20+ dan/atau jumlah pengikut media sosial sekitar 5,000+.
Kelakuan Positif:
- Pencipta rakan kongsi kami harus mencerminkan standard yang kami tetapkan untuk komuniti, yang bermakna akaun mereka perlu berada dalam keadaan baik merentas semua permainan kami.
- Mereka harus mempunyai reputasi dalam talian yang positif, penglibatan komuniti yang kukuh dan tidak mempunyai sebarang pelanggaran besar terhadap Pakatan Komuniti dan Jangkaan Kelakuan Program Rakan Kongsi Riot Games.
Sila ambil perhatian: Semua pencipta mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada waktu permohonan. Kami mungkin tidak dapat menerima permohonan dari negara atau rantau yang perkhidmatan Riot tidak tersedia, contohnya disebabkan sekatan kerajaan, perjanjian penerbitan Riot atau sebab-sebab lain.
Jika anda ingin memadamkan dan/atau mendapatkan semula data program rakan kongsi Riot Games anda, sila hantarkan e-mel kepada riot-partner-programs@riotgames.com